.:: Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Taman Cendana ::.
Guru Besar

Tn.Haji Musa Bin Mastor
Navigation
Pautan Dalaman
Pengurusan Sekolah
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan Hem
Pengurusan Ko-Ko
Pengurusan PSS
Pengurusan PIBG
Sejarah Sekolah
Visi & Misi Sekolah
Matlamat Sekolah
Objektif Sekolah
Webmail
Pautan Rasmi
Kem. Pelajaran
Suruhanjaya Pelajaran
JPN Johor
PPD Pasir Gudang
PKG Pasir Gudang
EDUWEB TV
Info H1N1
Berita Tempatan
Berita Harian
Utusan
Harian Metro
Kosmo
Bernama
Blogger Pendidik
Diari SKTC
Myartzone
Terompah Kayu
Scudibutet
Halaman Farida
Abjar
Shape and Space
Sayangi Daku
Video Pilihan
Sukan 2008
Universiti Tempatan
OUM
UiTM
USM
ePusat Sumber UTM
::FAQ
News
Pemberitahuan Sekola...
ePusatSumber
Penyelenggaraan Note...
Pertukaran Guru Untu...
Program Solat Hajat ...
Program Bantuan Felda
Program Ramah Mesra ...
Jadual Ujian Bulan J...
Perkhemahan Tahunan
Hari Terbuka
Latest Articles
H1N1 Catat Kematian ...
Bahasa etnik subjek ...
Status Terkini H1N1 ...
Program Gotong Royon...
SKTC Johan Bola Sepa...
Forum Threads
Newest Threads
Karnival Pra Sekolah...
Math Games
Cadangan Anda
Muka depan Peperiksaan
Worksheets - Time
Hottest Threads
Cadangan Anda [2]
Users Online
Guests Online: 1

Members Online: 0

Total Members: 16
Newest Member: kepak ayam
Ahli Online
tenko 1 Minggu
Camar Senja 2 Minggu
webmaster 3 Minggu
mhreal 8 Minggu
MiSz zAi13 Minggu
ezaa14 Minggu
selipar kukus29 Minggu
put_27229 Minggu
pendekar_laut32 Minggu
maiaZA35 Minggu
Artikel
BERITA UTAMA 11 hadiah mesra
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang menyambut 100 hari sebagai Perdana Menteri semalam, mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat. Berucap pada majlis 'Seratus Hari Najib Bersama Rakyat 11 Julai 2009' di Dewan Pameran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, beliau berkata, ini termasuk mewujudkan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia), pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal. Katanya, penubuhan tabung AS 1Malaysia di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini.
Kategori artikel: Berita Semasa
H1N1 Catat Kematian Kedua
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga Malaysia berumur 46 tahun yang bekerja di Belgium mati akibat Influenza A(H1N1) tengah hari Ahad, menjadikannya mangsa kedua yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini. Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Mohd Ismail Merican, lelaki itu telah berada di Malaysia pada 4 Julai lepas. "Pada mulanya beliau sihat sehingga beliau bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai 2009 dan telah mula mengalami demam serta batuk. "Sekembali dari Langkawi, beliau telah mendapat rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai 2009. Pemeriksaan x-ray dada telah menunjukkan beliau mengalami pneumonia," katanya dalam satu kenyataan. Dr Mohd Ismail berkata, kes lelaki itu kemudian dirujuk ke hospital swasta di Subang Jaya pada 19 Julai dan beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi. Beliau berkata ujian sampel tekak telah dibuat pada 22 Julai dan Institut Penyelidikan Perubatan mengesahkan lelaki itu positif influenza A(H1N1) sehari selepas itu. "Kes tersebut yang telah mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 26 Julai 2009 jam 12.35 tengah hari, dan penyebab kematian dicatatkan sebagai pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut setelah tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi hospital swasta berkenaan," katanya. Beliau berkata seramai 18 kontak kes telah dikenalpasti dan hanya seorang sahaja yang mengalami simptom tonsilitis. Sebelum ini, seorang pelajar lelaki tahun pertama warga Indonesia berusia 30 tahun yang dijangkiti Influenza A (H1N1) telah meninggal dunia pada 21 Julai lepas. Dr Mohd Ismail berkata kematian itu termasuk dalam tujuh kes yang dikategorikan sebagai sporadik atau terpencil. Katanya, enam kes tempatan lain yang dikategorikan sebagai sporadik terdiri daripada tiga kes yang dimasukkan ke hospital iaitu satu kes pneumonia, satu kes wanita hamil lima bulan dan satu kes pelajar remaja, manakala tiga kes lagi mendapat rawatan pesakit luar terdiri daripada anggota keluarga yang sama. Beliau berkata sejumlah 49 kes baru, termasuk kematian itu dilaporkan hari ini dan kesemuanya adalah kes tempatan di kalangan warga Malaysia. "Daripada 49 yang dilaporkan hari ini, 29 kes merupakan kejadian dari sembilan kluster baru dan 13 kes merupakan kejadian dari empat kluster sedia ada," katanya. Menurut Dr Mohd Ismail, jumlah terkumpul kes Influenza A(H1N1) di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 1,124 kes dengan dua kematian, dan daripada jumlah tersebut, 574 merupakan kes import dan 550 kes jangkitan tempatan. Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 1,103 kes (98 peratus) telah sembuh dan hanya 10 kes sahaja yang sedang menerima rawatan anti-viral di hospital manakala lapan kes lagi mendapat rawatan di rumah. Merujuk kepada situasi global, Dr Mohd Ismail berkata sehingga kini, sejumlah 159,223 kes dengan 987 kematian telah dilaporkan daripada 158 negara, menyaksikan peningkatan sebanyak 1,200 kes dengan 12 kematian berbanding semalam. Beliau berkata kementerian akan terus memantau kejadian kes yang dimasukkan ke hospital dan juga kejadian kluster penyakit serupa influenza (ILI)." Bagi memperlahankan penularan wabak penyakit itu, beliau menggariskan beberapa langkah termasuk meminta kejadian ILI atau jumlah ketidakhadiran di sekolah atau di tempat kerja yang luar biasa dilaporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk siasatan lanjut. Sumber-- BERNAMA
Waktu SKTC
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Member Poll
Kursus Pembinaan Blog Untuk Guru







You must login to vote.