MATLAMAT KAJIAN:
Matlamat utama kajian ini ialah untuk mendapatkan gambaran status peralatan, tahap penggunaan dan keperluan TV dan DVD di sekolah. Dapatan kajian ini akan menentukan justifikasi keperluan pembekalan peralatan TVLCD dan DVD ke sekolah.
OBJEKTIF KAJIAN:
Antara objektif kajian ini ialah bagi mengenal pasti:
Bilangan TV & DVD yang terdapat di sekolah.
Bilangan TV & DVD yang berfungsi di sekolah.
Tahap penggunaan TV & DVD di sekolah mengikut kelas / tingkatan.
Tujuan penggunaan TV & DVD di sekolah.
Keperluan TV & DVD di dalam pengajaran & pembelajaran di sekolah.
Keberkesanan penggunaan TV & DVD di dalam pengajaran & pembelajaran di sekolah.
PANDUAN:
Sila lengkapkan kaji selidik ini sebelum atau pada 10 FEBRUARI 2010.
Kajian ini hendaklah dijawab oleh pihak pentadbir sekolah.
Jawapan hendaklah merujuk kepada data tahun 2009.
Sila hubungi Pusat Kegiatan Guru di kawasan anda untuk sebarang pertanyaan berhubung dengan kajian ini.
Anda boleh membuat kaji selidik ini semula jika terdapat kesalahan, namun hanya jawapan kaji selidik yang terakhir sahaja akan diterima.
sila ke portal: http://apps.moe.edu.my/spms
ID pengguna : kod sekolah masing masing.
Kata laluan : 123
Sekian untuk makluman.Terima kasih.
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Tindakan : Pentadbir Sekolah
Ditulis oleh Halimi bin Yaacob, Pegawai Teknologi Pendidikan pada 2010-02-04 11:04:37
Sumber :- PPD Pasir Gudang


Navigation
Latest Articles
Forum Threads
Users Online
Login
Member Poll