H1N1 Catat Kematian Kedua
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga Malaysia berumur 46 tahun yang bekerja di Belgium mati akibat Influenza A(H1N1) tengah hari Ahad, menjadikannya mangsa kedua yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.
Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.
Kategori artikel:Berita Semasa